Thursday, July 29, 2010

Alfatihah...


Hari Rabu 28hb Julai masa aku tgh sidai kain waktu mahrib tetiba adik aku Ana call. Ana bagitau Cu dah meninggal.. Aku terkejut betul macam tak pecaya sebab baru ptg tadi aku dengar Cu call semua anak2 dia sembang sakan sangat. Aku terus salin baju tak kira waktu tu tgh azan Maghrib terus amik kunci kete drive ke rumah Cu. Masa aku sampai yg ada cuma Paksu dengan cucu Cu 2 orang Alia dengan Ina tengah menangis tepi CU. Aku terus terkam pegang tangan Cu panggil2 Cu mmg Cu tak menyahut. Badan Cu masih panas lagi. Aku urut2 kepala CU.. Aku ambik getah aku ikat rambut Cu yg dah beruban tu. Aku lap seluruh badan Cu kemudian aku siapkan tilam untuk letak jenazah Cu. Tak lama orang makin ramai datang ziarah.. abah dengan mak ada di Penang melawat besan yg koma di HPP. 29hb Ogos pagi2 aku dah sampai rumah Cu tengok semua anak2 dia yg jauh semua dah sampai. Semua ibu saudara aku yg lain dari kl pun dah sampai. Aku tolong siapan kain kapan apa yg patut. Aku bukannya pandai pun tapi cuma ikut arahan org2 tua je la. Lepas tu jam 11.30 jenazah aku tolong sepupu2 aku iaitu anak2 Cu untuk memandikan jenazah. Tepat jam 1.30 tengahari jenazah selamat dikebumikan.

Bila dah selesai semua baru la semua ahli keluarga berkumpul melepas lelah dan aku baru teringat minggu lepas masa aku melawat Cu di rumah Kak Chaq. Cu ada bgtau aku raya tahun ni semua anak cucu dia akan pakai sedondon warna putih. Rupanya Cu dah tahu dia akan tinggalkan semua. Kain putih yg Cu beli untuk buat baju raya kami guna untuk buat langsir untuk asingkan jenazah. Cu ibu saudara yg aku rapat sekali.. masa aku kecik2 dulu pun kalau balik ke kg mesti aku duduk rumah Cu dari duduk rumah arwah tok. Apa aku nak makan mesti Cu masak. Cu sampai bila2 Ija sayang Cu dan selalu akan doakan CU.

Alfatihah untuk arwah Ramlah Bt Bakar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. aminn...

1 comments:

pari-pari tersenyum said...

Al-Fatihah..semoga roh berada dikalangan orang2 yang beriman...

Ajal maut..sukar nk diramal dia dtg memanggil :(