Thursday, July 29, 2010

Alfatihah...


Hari Rabu 28hb Julai masa aku tgh sidai kain waktu mahrib tetiba adik aku Ana call. Ana bagitau Cu dah meninggal.. Aku terkejut betul macam tak pecaya sebab baru ptg tadi aku dengar Cu call semua anak2 dia sembang sakan sangat. Aku terus salin baju tak kira waktu tu tgh azan Maghrib terus amik kunci kete drive ke rumah Cu. Masa aku sampai yg ada cuma Paksu dengan cucu Cu 2 orang Alia dengan Ina tengah menangis tepi CU. Aku terus terkam pegang tangan Cu panggil2 Cu mmg Cu tak menyahut. Badan Cu masih panas lagi. Aku urut2 kepala CU.. Aku ambik getah aku ikat rambut Cu yg dah beruban tu. Aku lap seluruh badan Cu kemudian aku siapkan tilam untuk letak jenazah Cu. Tak lama orang makin ramai datang ziarah.. abah dengan mak ada di Penang melawat besan yg koma di HPP. 29hb Ogos pagi2 aku dah sampai rumah Cu tengok semua anak2 dia yg jauh semua dah sampai. Semua ibu saudara aku yg lain dari kl pun dah sampai. Aku tolong siapan kain kapan apa yg patut. Aku bukannya pandai pun tapi cuma ikut arahan org2 tua je la. Lepas tu jam 11.30 jenazah aku tolong sepupu2 aku iaitu anak2 Cu untuk memandikan jenazah. Tepat jam 1.30 tengahari jenazah selamat dikebumikan.

Bila dah selesai semua baru la semua ahli keluarga berkumpul melepas lelah dan aku baru teringat minggu lepas masa aku melawat Cu di rumah Kak Chaq. Cu ada bgtau aku raya tahun ni semua anak cucu dia akan pakai sedondon warna putih. Rupanya Cu dah tahu dia akan tinggalkan semua. Kain putih yg Cu beli untuk buat baju raya kami guna untuk buat langsir untuk asingkan jenazah. Cu ibu saudara yg aku rapat sekali.. masa aku kecik2 dulu pun kalau balik ke kg mesti aku duduk rumah Cu dari duduk rumah arwah tok. Apa aku nak makan mesti Cu masak. Cu sampai bila2 Ija sayang Cu dan selalu akan doakan CU.

Alfatihah untuk arwah Ramlah Bt Bakar. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman.. aminn...

Monday, July 26, 2010

Toceh serai ekekkeke

Lepas balik dari meniaga terus ol minta tolong Serai ajar nak ejas shoutbox. Setelah dengan penuh sabar akhirnya shoutbox menjadi gak di ajar serai hahahhaha.. Makasih la serai sabar ajar aku yg buta blog ni.

Saturday, July 24, 2010

Wanita

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya,
2. isterinya,
3. anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

Lelaki Dan Tanggungjawap

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa
gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lelaki tahu hal ni tetapi buat tak tahu. Zaman sekarang ni tanggungjawap anak lelaki dah banyak diambil alih oleh anak perempuan. Wallahualam

Saje teringin

Dah tgk ramai member ada blog sendiri.. teringin la plak nak ada blog jugakkk. Dari tadi duk godek2 duk ghoseh kata org kedah duk selongkar. Camner la nak masukkan lagu dari file sendiri nihhhhh